Thursday, November 12, 2015

Majlis di Setiawangsa..kalau dah rezeki..


Bismillahirrohmanirrohim..
Assalaamualaikum.. 
Undangan marhaban kali ini datangnya dari En. Firdaus yang tinggal di Wangsa Maju. Pada mulanya kami sudah menerima tempahan ataupun sudah memberi persetujuan untuk hadir kesatu majlis di Kelang. Tapi tidak sampai beberapa jam pihak tuan rumah memberitahu bahawa majlis tersebut terpaksa dibatalkan / ditangguhkan kerana sebab tertentu...kami menerima pula undangan/tempahan dari En. Firdaus pada tarikh dan masa yang sama. Itulah kata orangkan..kalau dah rezeki...takkan kemananya..
Alhamdhulillah..
Majlis aqiqah dan potong jambol anaknda kepada pasangan En. Firdaus dan Puan Najah berlangung dalam suasana tenang dan meriah. Kami sampai awal dari masa yang di janjikan. Kesempatan masa yang ada sementara menanti ahli keluarga lain sampai.. kami menfaatkan untuk beramah mesra dengan ahli keluarga tuan rumah. Mereka sangat peramah dan mesra..dan kami merasa bagaikan berada di rumah ahli saudara kami sendiri..
Terima kasih ye En Firdaus kerana sudi mengundang kami untuk meraikankan majlis aqiqah dan potong jambol baby Nur Haura Nabila. Kami mendoakan semuga  baby Nur Haura Nabila di berikan kesihatan yang baik dan apabila besar kelak menjadi anak yang solehah..yang dapat berbakti kepada agama bangsa dan negaranya serta menghormati kedua ibubapanya. Kami juga mendoakan  kesejahteraan En. Firdauz dan ahli keluarga..semuga sentiasa dalam keberkatan, kerahmatan dan perlindungan Allah swt.. Aamiin..




dua dua pun chomel. opps! ketiga tiganya pun comel..suka tengok..


semasa bacaan doa selamat baby  khusyuk dan tenang mendengar dan bersantai sahaja..

acara berendoi...baby tak nak masuk dalam buaian..baby lebih suka bersantai diatas tilam..agaknya belum masanya untuk dia tidur..


Selepas majlis..acara makan2 pula. olih kerana layanan  istimewa yang kami terima dari tuan rumah...acara makan2 ni lebih lama dari acara majlis marhaban..hihi
gambar ini pun kredit dari tuan rumah yang sudi mengambil gamar kami..
:)

buah tangan dari tuan rumah.

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..